Sekolah bermula lagi! Pada bulan ini, banyak yang ingin Nadi kongsi bersama kawan-kawan. Kawan-kawan mesti menonton video-video menarik bulan ini tau! Kalau kawan-kawan tidak pernah menonton persembahan wayang kulit, hah, inilah masanya untuk kawan-kawan menyaksikan sketsa Sang Nila Utama dalam bentuk wayang kulit. Menarik sungguh! Akhir kata, jangan lupa juga untuk mengajak kawan-kawan yang lain sama-sama melungsuri Nadi.
Intai-intai bulan ini:
- Tahukah kawan-kawan tentang Sentosa Luge? Mari ikut Nadi bergembira di Sentosa.
- Gergasi yang Penyayang. Itulah cerita menarik yang akan disampaikan oleh kawan-kawan kita dari Sekolah Rendah Loyang. Mari kita mendengar cerita menarik ini bersama-sama!
- Cetak dan warnakan gambar tentang cerita tersebut. Kirimkan kepada alamat yang diberikan sebelum 7hb Ogos 2008.
- Ayuh menyanyi lagu “ Maaf ”
- Nak tahu sayur apa yang badannya licin dan boleh berpusing-pusing macam gasing? Mari kita tontoni video ini.
- Bulan lepas kawan-kawan menguji kemahiran tentang kata berlawan. Bulan ini pula cuba uji kemahiran kawan-kawan dalam Permainan Seerti/ Seiras.
- Jangan lupa untuk sertai Kuiz Ria. Tarikh tutup penyertaan pada 7hb Ogos 2008