SENTOSA LUGE |
|
Apa khabar, kawan-kawan? Bagaimanakah kawan-kawan menghabiskan waktu sepanjang cuti sekolah yang lalu? Adakah kawan-kawan ke luar negara? Apakah kegiatan menarik yang kawan-kawan lakukan? Kawan-kawan, Nadi telah ke Sentosa pada hujung minggu yang lalu dan Nadi telah mencuba sesuatu yang baru. Ingin tahu? Cuba lihat gambar-gambar yang Nadi petik dalam album foto Nadi ini. |
|
Nadi telah menaiki sejenis kenderaan yang dipanggil 'luge' di lintasan cerun dan berselekoh sepanjang 650 meter. Sebahagian daripada kenderaan tersebut menyerupai sebuah tobogan atau kereta luncur salji dan sebahagiannya seperti kereta 'go-cart'. Kenderaan tersebut juga mempunyai stereng yang unik. Kita boleh mengawal kelajuannya dengan menggunakan kaki dan tangan. Kenderaan ini sesuai untuk semua lapisan umur tetapi penunggang tertakluk pada syarat-syarat tertentu. Misalnya, untuk menaiki kenderaan 'luge' ini sendirian, kawan-kawan haruslah setinggi 110 sentimeter. Jika tidak, kawan-kawan perlu menaikinya bersama seorang dewasa. Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti menghidapi penyakit jantung, mengalami sakit leher atau tulang belakang, baru menjalani pembedahan, mengalami epilepsi ataupun sedang hamil juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan ini. Selesai melalui lintasan 'luge' itu dengan selamat, Nadi telah menaiki 'skyride' atau pengangkutan berkabel yang membawa kita dari kaki bukit ke puncaknya. Untuk menaiki 'sky ride' ini, kawan-kawan haruslah setinggi 90 sentimeter atau lebih. Nadi telah menikmati pemandangan yang sungguh indah dari udara. Nadi juga teringat akan rumah peranginan musim sejuk yang sering terlihat di kaca televisyen kerana mempunyai pengangkutan yang serupa di sana. Cukuplah tentang percutian Nadi setakat ini. Apa kata, kawan-kawan tulis kepada Nadi tentang percutian kawan-kawan pula. Sertakan juga gambar-gambar yang kawan-kawan petik semasa bercuti, ya?! |
|
SOALAN:
2. Para penunggang kenderaan 'luge' dikehendaki memakai topi keledar untuk __________ .
3. Pengakutan 'sky ride' membawa penumpang ____________.
|
|