MAAF

Sahabat setia teman sejati
Sama kita saling menghormati
Salah silap memang terjadi
Maaf memaafkan sucikan hati
Bersama kawan bertegur sapa
Manis bicara tutur dan kata
Tolong-menolong bekerjasama
Kelak kawan kekal bersama

Jujur dan amanah sifat mulia
Sering percaya tentu bahagia
Ramai kawan tentu gembira
Yang bersama hidup sejahtera

Jujur dan amanah sifat mulia
Sering percaya tentu bahagia
Ramai kawan tentu gembira
Yang bersama hidup sejahtera