feedback Marilah berkongsi. Klik ikon ini dan tulis perkara yang ingin dikongsi. Jangan lupa untuk menyertakan sumbernya iaitu tajuk buku, majalah atau alamat lelaman.
SAYUR

Kawan-kawan, cuba jawab teka-teki di bawah ini.

Tinggi-lampai badan saya,
Warna jingga, amboi, cantiknya!  (Siapakah saya?)

Lembut dan licin, itulah saya.
Boleh berpusing seperti bola. (Siapakah saya?)

Kelopak saya berlapis-lapis.
Badan yang besar boleh dihiris. (Siapakah saya?)

Ingin tahu jawapannya, tontonlah klip animasi ini.

Semua sayur ada vitamin dan zat yang penting bagi tubuh manusia.
Berikut ialah beberapa keterangan mengenai khiasiat sayur.

  1. Bayam menjadikan tulang kita kuat.
  2. Lobak merah menguatkan gigi, gusi dan tulang manusia.
  3. Tomato melicinkan kulit.
  4. Kentang memberi tenaga kepada manusia.
  5. Kangkung, sawi dan sayur-sayuran berdaun hijau yang lain sangat penting bagi tumbesaran manusia.

Pendek kata, kita harus makan pelbagai jenis sayur kerana sayur menyihatkan badan kita.

SOALAN:
1.  Jawapan bagi teka-teki ialah __________.

  1. lobak, tomato dan kobis
  2. daun saderi, limau dan bawang
  3. pasli, kentang dan bunga kobis

2.   Kita boleh mendapat tenaga dengan memakan __________.

  1. lobak
  2. kentang
  3. kangkung

3.  Sayur-sayuran berdaun hijau penting bagi ____________.

  1. kecerdasan
  2. penglihatan
  3. tumbesaran